Che Abdullah Mat Nawi
Che Abdullah Mat Nawi

 

KOTA BHARU – Sebanyak 75 ahli PKR di negeri ini akan hilang jawatan dalam Kerajaan Pas Kelantan sekiranya mereka akur dengan arahan pucuk pimpinan parti itu.

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, selepas PRU-13, kerajaan negeri telah melantik wakil PKR dengan pelbagai jawatan bagi membantu melicinkan urusan pentadbiran negeri.

“Apa sahaja keputusan PKR, kita masih tawarkan jawatan yang sama kepada mereka.

“Terpulang kepada mereka sama ada mahu terus mendukung kerajaan negeri atau tidak,” katanya di sini hari ini.

Jawatan

a) Penyelia Parlimen
1. Tanah Merah
2. Machang
3. Ketereh

b) Penyelia DUN
1. Kuala Balah
2. Paloh
3. Nenggiri

c) Penghulu Tanpa Mukim
14 orang.

d) Pegawai Pejabat Tanah dan Galian
6 orang

e) Syarikat Milik Kerajaan (GLC) negeri
10 orang.

f) Ahli Majlis Daerah – 39 orang
Kota Bharu – 3
Ketereh – 3
Tumpat – 4
Pasir Mas – 4
Bachok – 3
Pasir Puteh – 3
Tanah Merah – 4
Machang – 3
Jeli – 3
Dabong – 3
Kuala Krai – 3
Gua Musang – 3

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu memutuskan supaya semua lantikan politik anggota PKR dalam kerajaan Kelantan melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan keputusan itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan. – MalaysiaGazette