Michael Keane

MANCHESTER – Manchester United bersedia untuk mengambil semula Michael Keane dari Burnley menerusi  perpindahan yang bernilai £25 juta pada musim panas ini.

Daily Mail melaporkan, United dianggap sebagai pasukan pilihan untuk membawa pulang pemain berusia 24 tahun itu kembali ke Old Trafford.

Ini kerana disebabkan faktor Keane sendiri yang telah mengimpikan untuk bermain dalam skuad utama United.

Keane telah berkembang menjadi salah seorang pemain pertahanan yang paling meningkat naik dalam Liga Perdana Inggeris sejak meninggalkan United.

Dia menyertai Burnley pada bayaran £2 juta pada Januari 2015. – MalaysiaGazette