Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 ) bersama Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada pasukan Pahang, negeri kelahirannya yang telah memberi tentangan sengit dalam perlawanan itu.

“Saya di Riyadh tapi dengar perlawanan semalam sangat menarik, tahniah Kedah juara #PialaFA2017! Kepada Pahang, kalah menang adat permainan, cuba lagi tahun depan,” tulis Najib di Twitternya hari ini.

Perdana menteri tiba di Riyadh semalam bagi memulakan lawatan kerja tiga hari termasuk menghadiri Sidang Kemuncak bersama pemimpin Islam dunia dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, hari ini.

Kedah muncul juara Piala FA buat kali keempat selepas menewaskan Pahang 3-2 pada aksi final penuh dramatik dan mendebarkan. – MalaysiaGazette