STOCKHOLM – Manchester United menambah koleksi piala musim 2016-2017 dengan menjulang trofi Liga Europa apabila menewaskan Ajax Amsterdam, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Friends Arena di sini, United membenam cabaran Ajax dengan keputusan 2-0.

Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan menjadi wira United apabila menjaringkan gol di setiap babak permainan.

Gelaran juara Liga Europa 2016/17 menjadi trofi ketiga yang berjaya dijulang United musim ini.

Sebelum ini skuad bimbingan Jose Mourinho meraih gelaran juara Piala Perisai Komuniti dan Piala Liga Inggeris.

Pogba berkata, kemenangan United akan membuatkan para pengkritik terdiam.

“Kami berjaya menang dan sangat bangga. Tiada lagi orang yang boleh mengkritik. Mereka kata bahawa kami melalui satu musim yang teruk tapi kami dapat tiga trofi.

“Jadi kepada pengkritik kami, piala ini untuk anda semua,” kata Pogba, memetik BT Sport. – MalaysiaGazette