Tentera menggunkan helikopter untuk bertempur dengan militan IS di selatan Filipna. - Foto AFP

MARAWI – Tentera Filipina menggunakan helikopter dan kereta perisai untuk bertempur dengan militan di sebuah bandar di selatan negara itu hari ini.

Ia susulan laporan kumpulan bersenjata membunuh orang awam, lapor agensi berita AP.

Amukan kumpulan bersenjata itu, yang mengisytiharkan kesetiaan kepada IS, di bandar Marawi yang majoriti penduduknya beragama Islam, memaksa Presiden Rodrigo Duterte menguatkuasakan undang-undang tentera di selatan negara berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, krisis itu sukar ditangani kerana militan berlindung dalam bangunan kediaman, memasang bom buatan sendiri di jalanraya dan menahan orang Katolik sebagai tebusan.

“Orang ramai dalam ketakutan. Mereka tidak mahu buka perniagaan mereka. Pejabat ditutup. Kami tidak mahu orang ramai dijadikan perisai manusia,” kata Datuk Bandar Marawi Majul Usman Gandamra, seperti dilaporkan.

Dua helikopter tentera berlegar di ruang udara Marawi dan kereta perisai meronda jalan raya berlatarkan bunyi tembakan raifal automatik hari ini.

Marawi mempunyai 200,000 penduduk tetapi ramai melarikan diri kerana pertempuran itu.

Lima askar dan seorang anggota polis terbunuh dalam pertempuran itu, manakala 13 lelaki bersenjata maut, menurut tentera.

Semalam, Duterta dilapor berkata seorang anggota polis ditangkap dalam satu pemeriksaan tepi jalan oleh militan dan dipancung.

Terdapat kira-kira 50 dan 100 lelaki bersenjata.

Pertempuran meletus kelmarin, selepas pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Isnilon Hapilon, salah seorang kumpulan penculikan Abu Sayyap dan ketua IS Filipina. – MalaysiaGazette