Detik cemas sebelum seorang kanak-kanak lemas

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak dalam lingkungan tiga tahun dipercayai mati lemas dalam sebuah kolam mandi ekoran kecuaian ibubapanya tidak mengawasi kanak-kanak terbabit.

Video menyayat hati itu dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kawasan perumahan.

Berdurasi 2 minit 47 saat, ia memaparkan situasi seorang kanak-kanak tanpa pengawasan memasuki kolam mandi.

Mulanya, kanak-kanak berkenaan berada di kawasan kolam mandi kanak-kanak namun mangsa didapati mendekati kawasan orang dewasa dan didapati lemas.

Video bertarikh 6 Mei itu, turut mendapati seorang wanita dan seorang lelaki dipercayai ibubapa kanak-kanak berkenaan cuba mencari mangsa namun gagal sedangkan kanak-kanak berkenaan jelas sedang bertarung nyawa dalam kolam berkenaan.

Ia disedari seorang lelaki berbaju gelap yang kemudiannya terus merapati kolam berkenaan.

Bagaimanapun, lokasi kejadian masih menjadi tanda tanya. -MalaysiaGazette.