Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memohon maaf secara terbuka kepada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disebabkan tindakan beliau membonceng sebuah motosikal.

Baru-baru ini tular, gambar mufti berkenaan membonceng motosikal dengan seseorang di tengah-tengah ibu kota untuk ke sesuatu tempat tanpa memakai helmet.

Hari ini, Zulkifli tampil menerangkan situasi sebenar mengapa belia bertindak sedemikian.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dilihat membonceng sebuah motosikal

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi. Sebenarnya, kami terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur.

“Memandangkan jalanraya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalanraya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, beliau membuat permohohan maaf secara terbuka kepada pihak PDRM dan JPJ atas tindakan ini.

“Diharapkan tidak timbul salahfaham atas tindakan yang telah dilakukan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.