Rafizi yang hadir menyaksikan proses pengundian di Cabang Keningau didakwa dipukul.
Rafizi yang hadir menyaksikan proses pengundian di Cabang Keningau didakwa dipukul.

PUTRAJAYA – Sejurus satu sidang media dilakukan oleh individu seperti yang dinamakan oleh Rafizi Ramli terlibat sebagai pengantara di antara Malaysia dan Amerika Syarikat, Naib Presiden PKR itu mengeluarkan satu kenyataan balas.

Dalam kenyataannya, Rafizi mengakui kesilapannya dalam sidang media terdahulu, menyatakan nama dan syarikat yang salah berkaitan pendedahan yang dibuatnya.

“Saya mengambil maklum satu sidang media yang dibuat oleh Timbalan Presiden MCA, Dato’ Seri Wee Ka Siong bersama-sama seorang wanita bernama Goh Siew Boy, seorang pengarah syarikat CRT Insights Technologies Sdn Bhd.

“Ini berkenaan beberapa siasatan saya ke atas kes sebuah syarikat bernama Godfrey Group Limited yang mempunyai seorang pengarah bernama Florence Goh yang dinamakan sebagai syarikat pengantara di antara Kerajaan Malaysia dan satu firma lobi di Amerika Syarikat dalam kontrak untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya mengesahkan bahawa Goh Siew Boy dari CRT Insights Technologies Sdn Bhd bukanlah Florence Goh yang menjadi pengarah Godfrey Group Limited yang terlibat di dalam kontrak melobi itu.

“Justeru, setelah mendapati Goh Siew Boy dariapda CRT nsights Technologies Sdn Bhd bukan individu yang dikenal pasti terlibat sebagai pengantara di antara kerjaaan Malaysia danAmerika, Rafizi tampil memohon maaf kepada Goh.

“Pun begitu, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada Goh Siew Boy dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.

“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini.”-MalaysiaGazette