Pelancaran perkhidmatan kereta api julung kalinya di bawah pengurusan Standard Gauge Railway (SGR), memulakan perjalanan dari terminal Mombasa pada Rabu menuju ke terminal Nairobi.

NAIROBI – Ribuan penduduk di tujuh daerah berkumpul menyaksikan pelancaran perkhidmatan kereta api julung kalinya di bawah pengurusan Standard Gauge Railway (SGR), memulakan perjalanan dari terminal Mombasa pada Rabu menuju di terminal Nairobi.

Di setiap perhentian di Kwale, Taita Taveta, Makueni, Kajiado, Machakos dan akhirnya di Nairobi dimeriahkan dengan dedangan pelbagai jenis lagu serta tarian oleh penduduk yang berada di setiap perhentian.

Perkhidmatan kereta api itu dirasmikan Presiden Uhuru Kenyatta di terminal Mombasa.

Bercakap pada majlis perasmian kereta api penumpang pertama itu yang dihadiri ribuan penduduk, beliau berkata projek infrastruktur berkenaan adalah yang terbesar di Kenya dan seluruh sub-rantau Afrika Timur dan menggesa rakyat menyokong agenda pembangunan kerajaan.

Beliau berkata, di sebalik pelbagai cabaran kerajaan mampu menunaikan janji memberikan rakyat Kenya perkhidmatan kereta api penumpang moden bagi menggantikan pengangkutan lama berusia 122 tahun yang dibina kerajaan kolonial British.

— BERNAMA-NNN-KBC