KUALA LUMPUR – Ramadan tahun ini yang semakin berpantas berlalu menyaksikan KSL Resort & Hotel Johor Bahru (KSL) memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati hidangan bufet bertemakan Eurasia.

Pengurus Restorannya, Asri Katni berkata, tema itu dipilih kerana pihaknya bukan menyasarkan tetamu dalam kalangan kaum Melayu sahaja, sebaliknya pelbagai kaum dan pelancong asing.

Jelasnya, KSL ingin mempromosi dan memberi pendedahan kepada masyarakat serta pelancong asing mengenai keistimewaan makanan warisan kebangsaan selain menu luar yang popular di negara masing-masing.

Beliau meberitahu menu utama yang pasti menjadi tarikan antaranya adalah durian segar goreng, nasi Pantai Timur, kambing golek, ayam golek, murtabak, rojak Asmah.

“Orang yang ingin menjamu selerak di restoran kami digalakkan membuat tempahan awal kerana kebiasaan ia penuh walaupun mampu memuatkan seramai 820 orang.

“Tahun ini juga buat kali ketiga kami menyediakan persembahan qasidah kepada tetamu yang didendakan pelajar sekolah maahad seramai 13 orang selain ruang surau yang luas untuk 50 jemaah serentak,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Pengurus Restoran KSL Hotel & Resort Johor Bahru, Asri Katni

Jelas beliau, KSL menawarkan bufet Ramadan berharga RM118 bagi dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.

Sementara itu, Chef Kanan, Mohd. Azam Kamisa berkata, selain 15 jenis minuman disedikan, pihaknya turut menyediakan menu Eropah, Mediteranean dan Sepanyol dalam memberi variasi kepada tetamu.

Namun katanya, selera Asia tetap menjadi keutamaan KSL iaitu nasi kandar.

“Saya dan kakitangan lain akan mula menyiapkan makanan seawal pukul 9 pagi dan wajib siap pukul 5 petang.

“Kami menjanjikan kualiti terbaik dan menu yang kekal segar apabila hanya dimasak apabila diminta oleh tetamu bagi mengekalkan keasliannya,” katanya.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh menghubungi talian 072882688 atau emel ke [email protected] – MalaysiaGazette