Datuk Misbun Sidek.

KUALA LUMPUR – Legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dijangka kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.

“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei,” katanya.-BERNAMA