Lewis Hamilton

MONTREAL – Selepas aksi mengecewakan dalam beberapa perlumbaan lepas, pelumba Formula Satu pasukan Mercedez, Lewis Hamilton bangkit menang di Grand Prix Kanada 2017 semalam.

Pelumba warga Britain itu juga berjaya menyekat usaha pencabar terdekatnya Sebastian Vettel dari Ferrari untuk mendahului kedudukan pelumba itu merebut kejuaraan dunia musim ini.

Sebagai ulang tahun sambutan kemenangan pertamanya di litar Gilles Villeneuve Montreal 10 tahun lalu, Hamilton berjaya menyekat kelebihan 25 mata dengan Vettel kepada 12 mata dengan kemenangan semalam.

Vettel terjejas dengan insiden perlanggaran di selekoh pertama di atas litar perlumbaan dengan Max Verstappen yang memaksanya berhenti untuk menukar sayap kereta.

Vettel yang memulakan perlumbaan di pit kedua belakang Hamilton jatuh ke tempat kebelakang sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang rakan Hamilton, Valtteri Bottas dan Daniel Ricciardo (Red Bull).

Bagi Hamiltonm ia merupakan posisi pit pertama yang ke-65 dalam karier perlumbaan F1.

“Hari yang baik dan menggembirakan untuk saya bangkit dari kekalahan di Monaco dan menang di sini.

“Ini merupakan satu kekecewaan untuk Ferrari dengan prestasi pasukan kami yang begitu hebat sekali,” ujarnya.

Persaingan sengit Hamilton dan Vettel akan diteruskan di perlumbaan seterusnya di Grand Prix Azerbaijan. – MalaysiaGazette