Otto Warmbier menangis ketika mengaku bersalah mencuri papan tanda di sebuah hotel di Korea Utara. foto Reuters

WASHINGTON – Penuntut Amerika Syarikat, Otto Warmbier yang didakwa mencuri di Korea Utara, telah dibebaskan dari penjara negara itu tetapi dalam keadaan koma sejak setahun lalu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat berkata, lelaki berusia 22 tahun itu kini dalam perjalanan pulang.
.
Keluarga Warmbier mendakwa mereka tahu keadaannya Warmbier sejak seminggu lalu.

Warmbier berada dalam keadaan koma selepas perbicaraan pada Mac tahun lalu.

Penuntut jurusan ekonomi University of Virginia itu telah dijatuhi hukuman 15 tahun kerja keras kerana cuba mencuri tanda propaganda disebuah hotel.

Beliau yang datang ke Korea Utara sebagai pelancong dengan Young Pioneer Tours apabila beliau ditahan pada 2 Januari 2016.

Dalam sidang media sebulan selepas itu, Warmbier dengan mengalir alir mata mengaku cuba mengambil papan tanda untuk gereja di Amerika Syarikat, dengan tujuan untuk menjejaskan motivasi dan etika kerja penduduk Korea itu.

Dalam satu kenyataan, ibu bapanya Warmbier berkata, anaknya telah meninggalkan Korea Utara dan dalam pesawat Medivac.

“Sedihnya, dia koma dan dia dalam keadaan begitu sejak bulan Mac tahun lalu,” kata mereka. – MalaysiaGazette