Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Dakwaan PKR menyokong melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan menyebabkan parti yang suatu ketika dahulu musuh bekas perdana menteri itu cemas.

Tidak mahu dilihat sebagai menjilat ludah sendiri menyebabkan PKR terpaksa menafikan dakwaan tersebut walaupun menurut laporan media mereka sudah bersetuju dengan cadangan tersebut yang dibincangkan dalam mesyuarat biro politik semalam.

“Malangnya laporan itu tidak tepat. Sebarang pengumuman rasmi akan dibuat melalui Majlis Presiden Harapan,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengulas isu tersebut.

Fahmi juga hanya berkata perbincangan mengenai isu tersebut masih sedang dijalankan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Media hari ini melaporkan bahawa PKR bersetuju supaya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilantik sebagai pengerusi PH, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi presiden gabungan itu. – MalaysiaGazette