TAKATA – Firma Takata Corp akan menghentikan pengeluarkan pengepam beg udara selepas menamatkan panggilan semula di seluruh dunia global.

Ia merupakan rancangan penyusunan semula yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bertindak.

Jawatankuasa itu telah membincangkan rancangan tersebut dengan Key Systems Inc (KSS) yang sedang berunding untuk mengambil alih syarikat itu.

Mana-mana pelan memerlukan kelulusan akhir daripada Ahli Lembaga Takata sebelum pembuat beg udara menyerahkan rancangan itu sebagai sebahagian daripada fail kebankrapan di Amerika Syarikat dan Jepun.

Takata enggan mengulas mengenai rancangan itu.

Syarikat itu masih membina sebanyak 100 juta pengepam penggantian yang dikehendaki di bawah penarikan balik.

Letupan beg pengempam udara yang dikeluarkan oleh Takata telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 kematian dan lebih 150 kecederaan di seluruh dunia.

Satu sumber berkata, kontrak yang sedia ada mungkin akan berakhir sekitar 2020. – MalaysiaGazette