Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad beredar selepas menghadiri sidang media berhubung isu penggantungan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad di Menara Felda, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Felda Global Venture Holding Bhd. (FGV) mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad berkuatkuasa hari ini.

Isa turut meletakkan jawatan dalam syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama syarikat peladangan kelapa sawit terbesar Malaysia itu.

“FGV mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad daripada mempengerusikan FGV serta anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama bagi memberi fokus kepada urusan peribadinya,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Serentak itu, ahli lembaga pengarahnya, Tan Sri Sulaiman Mahbon dilantik sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Sementera itu, Isa dilantik Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuatkuasa serta merta.

Pelantikan tersebut diumumkan Pejabat Perdana Menteri. – MalaysiaGazette