WASHINGTON – Korea Utara telah melakukan satu lagi ujian enjin roket yang Amerika Syarikat percaya boleh menjadi sebahagian daripada program untuk membangunkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), kata seorang pegawai Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat yang menilai ujian itu – siri terbaharu dalam satu siri ujian enjin dan peluru berpandu pada tahun ini, percaya ia mungkin berada pada peringkat paling kecil daripada enjin roket ICBM.

Seorang lagi pegawai Amerika Syarikat yang mengesahkan ujian tetapi tidak memberikan butiran tambahan mengenai jenis komponen roket yang sedang diuji atau sama ada ia sesuai dengan program ICBM.

Pendedahan ujian enjin itu dibuat selepas Amerika Syarikat menekan China untuk memberikan tekanan ekonomi dan diplomatik yang lebih besar ke atas Korea Utara bagi mengekang program nuklear dan peluru berpandu semasa rundingan peringkat tinggi di Washington.

Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa konflik utama yang besar dengan Korea Utara adalah terhadap program senjatanya dan pegawai-pegawai Amerika Syarikat memaklumkan sekatan tegas, bukan tentera adalah pilihan.

Ketua Badan Perisikan Pertahanan Amerika Syarikat mengatakan kepada Kongres bulan lalu jika Korea Utara dibiarkan, peluru berpandu bersenjata mampu membedil negara itu.

Bagaimanapun, pakar-pakar memberitahu Pyongyang mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan keupayaan ICBM.

Jarak Amerika Syarikat dengan Korea Utara adalah sekitar 9,000 kilometer. ICBM pula mempunyai jarak minimum kira-kira 5,500 kilometer tetapi beberapa pihak berkata, ICBM boleh membedil sejauh 10,000 kilometer atau lebih. – MalaysiaGazette