I

KUALA LUMPUR – Aliran trafik keluar dan masuk ke ibu negara di kesemua lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dilapor bergerak lancar setakat 9 pagi ini.

Ketika dihubungi Bernama, jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan tiada kawasan yang dilapor bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi laluan di utara Semenanjung Malaysia.

Keadaan sama dilapor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bagi laluan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menurut catatan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta lwww.twitter.com/llminfotrafik. – MalaysiaGazette