Musim lalu John Terry berhijrah ke Aston Villa dengan kontrak selama setahun. - Metro.co.uk

LONDON – Bekas bintang Chelsea, John Terry menyertai Aston Villa selepas meninggalkan Stamford Bridge.

Terry diumumkan secara rasmi sebagai pemain Aston Villa oleh kelab itu semalam.

Pemain itu telah menandatangani kontrak selama setahun untuk menbantu kelab tersebut mengharungi kempen Championship musim hadapan.

Pemaib bek tengah pertahanan berusia 36 tahun itu telah bersama the Blues selama 19 tahun.

Selain Villa, West Bromwich dan Birmingham City turut memburu bekas pemain England itu.

“Aston Villa dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa John Terry telah menandatangani kontrak setahun bersama kami,” menurut kenyataan kelab itu.

Terry telah menjulang empat gelaran EPL, liga piala liga, kejuaraan liga juara-juara dan liga Eropah di Stamford Bridge. – MalaysiaGazette