pengajar yang diibaratkan sebagai
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang individu bergelar Datuk Seri ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai polis trafik di Pejabat Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun itu pada mulanya masuk ke pejabat JSPT selepas tidak berpuas hati kerana rakannya ditahan atas kesalahan trafik iaitu disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Suspek yang juga ahli perniagaan telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata lelaki berkenaan direman selama sehari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Polis. – BERNAMA