Datuk Seri Vida pada sesi rakaman video muzik lagu I Am Me semalam. Foto Instagram Datuk Seri Vida

PETALING JAYA – Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman mengorak langkah dalam dunia seni apabila bergelar penyanyi pula.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, akan muncul dengan single sulung berjudul I Am Me ciptaan sepenuhnya Edry KRU.

Single sulungnya itu bakal diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi Jumaat ini.

Vida memberitahu, beliau sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan seperti dikritik oleh masyarakat.

“I Am Me berkisah tentang keyakinan terhadap diri sendiri. Kita sebenarnya perlu menghargai diri sendiri dahulu dan barulah orang lain menghormati kita.

“Jadi saya mahu berani mengambil risiko menjadi penyanyi kerana lagu ini sangat istimewa dan ceritanya saya simpan sejak dua tahun lalu,” katanya pada sesi rakaman video muzik lagu tersebut di sini semaam..

Vida juga berharap lagu berkenaan menawan dunia, seterusnya memperkenalkan lagi nama Malaysia pada peringkat antarabangsa. – MalaysiaGazette