James Rodriguez

MUNICH – Pemain Real Madrid yang hangat dikatakan akan berpindah ke Manchester United, James Rodriguez akan menjadi milik Bayern Munich secara pinjaman.

Rodriguez akan dipinjamkan selama dua tahun dengan kuasa pembelian terletak pada juara Bundesliga itu.

Pemain antarabangsa Columbia itu hilang tempat dalam kesebelasan utama di Santiago Bernabeu selepas Zinedine Zidane muncul sebagai ketua jurulatih pada Januari 2016.

Dia juga tersisih daripada kemenangan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, mendorong spekulasi baharu bahawa bintang dari Colombia itu akan meninggalkan kelab berkenaan.

Kembalinya ke Allianz Arena, pemain berusia 25 tahun tersebut akan bersatu semula dengan Carlo Ancelotti.

Pengendali Itali itu membawa Rodriguez ke La Liga selepas mempamerkan persembahan hebat di Piala Dunia 2014.

Difahamkan, kos pinjaman Rodriguez akan bernilai sebanyak 5 juta Euro (RM24 juta) setiap tahun.

Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge menyatakan tambahan sebanyak 35 juta Euro (RM171 juta) lagi untuk menjadikan perpindahan itu tetap. – MalaysiaGazette