Nazir Hussin Akhtar Hussin chicken export ban
Nazir Hussin Akhtar Hussin

KUALA LUMPUR- Debat Nothing To Hide 2.0 yang mahu dianjurkan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) satu usaha yang sia-sia.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin juga menyifatkan ia sekadar mengulangi kehebatan Tun Dr. Mahathir beretorik sahaja.

Menurutnya, isu mahu dibangkitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah dijawab banyak kalioleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan kerajaan.

“Tidak guna berdebat kerana tidak akan mencapai apa-apa matlamat dan sia-sia. Penganjuran program itu tidak jelas kerana hanya mencari kesalahan pemimpin khususnya Perdana Menteri dan tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Lebih baik jika Dr Mahathir menggunakan program itu untuk menjawab dakwaan daripada Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar terutama mengenai kekayaan luar biasa anak beliau dan juga skandal Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nazir Hussin, Tun M sepatutnya menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

“Jika perlu, Dr Mahathir boleh bersumpah di hadapan al-Quran bahawa tindakan beliau pada 1998 hanya pembohongan belaka dan semata-mata untuk menyelamatkan politiknya.

“Kami berharap Dr Mahathir cermin diri dulu sebelum ghairah mahu membogelkan pihak lain. Kami juga harap Dr Mahathir berehat sahaja daripada politik kerana usianya yang hampir satu abad, ” katanya.- MalaysiaGazette