Home Ekonomi Rizab BNM AS$99.1b

Rizab BNM AS$99.1b

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$99.1 bilion (bersamaan dengan 425.4 bilion) pada 14 Julai 2017.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia. – MalaysiaGazette