FGV

KUALA LUMPUR – Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) naik sebanyak 6 sen, kenaikan 3.61 peratus, kepada RM1.72 sen sesaham apabila sesi dagangan ditutup hari ini.

Saham FGV aktif diniagakan dengan 157.206 juta saham bertukar tangan.

Malah kaunter FGV merupakan kaunter ke-21 aktif.

Sesi dagangan hari ini menyaksikan harga saham syarikat perladangan itu diniagakan antara RM1.66 hingga RM1.73 sesaham.

Semalam, FGV mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi, Logistik dan Sektor Lain, Datuk Khairil Anuar Aziz sebagai Pegawai Bertanggungjawab yang memikul tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad yang sedang bercuti. – MalaysiaGazette