Keluarga Yueyue berang selepas kematiannya akibat melakukan pengguguran sebanyak empat kali. foto The Strait Times

ANHUI – Seorang wanita dari timur China meninggal dunia baru-baru ini selepas dia terpaksa menjalani empat pengguguran dalam setahun kerana suaminya mahukan seorang anak lelaki.

Wanita itu – yang dikenal pasti hanya dengan nama pertamanya Yueyue – jatuh sakit ketika dia menderita akibat penyakit yang berpunca daripada pengguguran berulang, menurut Jianghuai Morning News.

Setelah melahirkan seorang anak perempuan empat tahun lalu, suaminya mahu mencuba anak kedua selepas China menarik balik polisi satu anak pada tahun 2015.

Tetapi dia bertekad untuk mempunyai anak lelaki dan mahu isterinya menjalani pemeriksaan ultra sound untuk mengenal pasti jantina bayi.

Dia kemudian memaksa isterinya menggugurkan bayi yang yang dikandung selepas dikenal pasti seorang perempuan – tindakan yang dilakukan empat kali dalam setahun.

China melarang memberi maklumat kepada ibu-ibu tentang jantina anak mereka yang belum lahir, supaya mereka tidak dapat menamatkan kehamilan mereka.

Tetapi keluarga di China, terutamanya di kawasan luar bandar, masih mengutamakan anak lelaki berbanding perempuan.

Pada bulan Oktober tahun lepas, lebih daripada 70 orang ditangkap berkaitan menjalankan perkhidmatan haram bagi mengenal pasti jantina bayi yang belum lahir.

Pengguguran beberapa kali itu menyebabkan Yueyue menjadi sakit. Lebih menyedihkan suaminya kemudian meminta cerai.

Yueyue kemudian meninggal selepas keadaannya bertambah buruk.

Polis sedang menyiasat kes tersebut. – MalaysiaGazette