KUALA LUMPUR – Allianz General (Malaysia) Bhd. melancarkan insurans rumah modular baharu hari ini.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, Smart Home Cover merangkumi semua yang diperlukan oleh pemilik rumah dalam insurans rumah.

Ia merangkumi perlindungan terhadap lima komponen yang sering menjadi masalah setiap rumah Empunya Rumah, Isi Rumah, Perlindungan Ansuran Pinjaman Perumahan, Pembaikan Rumah dan Insurans Pemilik Rumah.

Empunya Rumah contohnya memberi pelindungan terhadap bangunan kediaman terhadap kerosakan manakala Isi Rumah pula memberi pelindungan terhadap semua yang tinggal di dalam rumah berkenaan.

Bagi Perlindungan Bayaran Ansuran Pinjaman Perumahan, ia meliputi ansuran pinajaman bulanan sekiranya rumah tersebut dianggap tidak sesuai didiami buat semementara waktu disebabkan peristiwa yang diinsuranskan atau pemindahan oleh pihak berkuasa tempatan melebihi 72 jam atau orang yang diinsuranskan ditimpa kematian atau hilang upaya kekal sepenuhnya.

Smart Home Cover Pembaikan Rumah pula memberi perlindungan termasuk bayaran balik semasa membaiki paip pecah; perbaikan sementara pintu, kunci dan tingkap yang timbul akibat kecurian; elaun bantuan domestik dan apa-apa pembaikan rumah atau perkhidmatan yang diminta melalui rakan Allianz seperti ServisHero dan Recommend.my

Bagi pemilik yang menyewakan premis mereka, Insurans Pemilik Rumah melindungi tuan tanah tidak jujur dan menyebabkan kerosakan di rumah atau melarikan diri.

Yuran perundangan untuk mengeluarkan Surat Permintaan juga akan dilindungi oleh Allianz General.

Selain itu, ejen Allianz General juga boleh membantu pelanggan menentukan jumlah bangunan kediaman anda berdasarkan asas nilai yang dipersetujui.

Pelanggan yang tinggal di kawasan bukan banjir juga akan menikmati diskaun ke atas premium HouseOwner mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General dan Allianz Malaysia Bhd., Zakri Khir, kos produk yang sering menjadi isu utama kepada pelanggan sudah dapat diatasi melalui Smart Home Cover.

“Rumah anda adalah aset penting yang anda miliki, jadi mengapa hanya 2 juta rumah di Malaysia yang dilindungi insurans?

Kos produk insurans yang tegar sentiasa menjadi faktor terbesar yang menghalang para pelanggan daripada memiliki insurans rumah.

“Tetapi, dengan Smart Home Cover- tidak lagi. Pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan kami.

Oleh itu, kami meletakkan mereka sebagai fokus produk ini. Dengan insurans rumah yang fleksibel, senang disesuaikan dan berbaloi nilainya, saya yakin, ini adalah satu-satunya insurans rumah yang anda perlukan,”katanya semasa majlis pelancaran Smart Home Cover di sini hari ini.- MalaysiaGazette