KUALA LUMPUR – Malaysia secara rasminya menerima penganjuran Kongres Statistik Dunia Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC) ke-62, yang akan diadakan di sini dari 18-23 Ogos, 2019 dan dijangka dihadiri seramai 2,500 pakar statistik dan saintis data dari seluruh dunia.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata, kongres pada tahun ini (ISI WSC 2017 ke-61), yang diketuai oleh Ketua Perangkawan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin, diadakan di Marrakech, Maghribi dari 16-21 Julai, 2017,

Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam kongres itu pada tahun ini untuk menerima penyerahan rasmi ISI WSC 2019 ke-62 daripada penganjur sebelum ini, Maghribi, dan untuk menghadiri mesyuarat utama dengan pakar-pakar statistik dari seluruh dunia.

Mohd Uzir, yang menghadiri kongres itu selama enam hari sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan ISI WSC 2019, turut membuat kunjungan hormat ke atas Ahmed Lahlimi Alami, Pesuruhjaya Tinggi bagi Perancangan, Maghribi, untuk mengukuhkan rangkaian berkaitan dengan sains statistik.

“Selain itu, rangkaian strategik dengan ketua-ketua pejabat statistik negara dan pakar statistik turut dipertingkatkan.

“Kerjasama rapat ini akan membawa kepada kejayaan pelaksanaan ISI WSC 2019,”? kata jabatan itu. – MalaysiaGazette