Bintang ilem VIP 2, Kajol disorak oleh peminat pada jelajah promosi filem VIP 2 di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 27 JULAI 2017.

KUALA LUMPUR – Kemunculan artis Bollywood, Kajol bersama Dhanush di pentas utama di hadapan Jakel, Jalan Masjid India di sini malam tadi mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada lebih 2,000 peminatnya.

Bintang filem VIP 2, Kajol bercakap pada jelajah promosi filem berkenaan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 27 JULAI 2017

Gandingan mantap dua pelakon yang kini sedang rancak mempromosi filem VIP2 di Malaysia sangat dinanti-nanti peminat yang telah menunggu sejak pukul 4 petang lagi.

Kelibat kedua-dua artis terkenal itu hanya dilihat selepas jam 8.30 malam dan kehadirannya telah memukau orang ramai hingga ada diantaranya seperti diserang histeria.

Bintang-bintang filem “VIP , Kajol (dua kiri), Sondarya (kiri), Dhanush (dua kanan) bersama Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer memotong kek bagi melancarkan filem tersebut pada jelajah promosi di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 27 JULAI 2017

Kedua-dua pelakon itu bagaimanapun tidak melakukan sebarang persembahan sebaliknya, hanya menjawab beberapa soalan daripada media hiburan tempatan berhubung filem terlibat.

Hadir sama pada program itu Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedarkan filem tersebut di Malaysia serta anak kepada pelakon terkenal, Rajinikanth yang merupakan pengarah filem berkenaan, Sondarya. – MalaysiaGazette