Polis melancarkan serbuan di Surry Hill, dekat Sydney. foto Agensi

SYDNEY – Polis anti keganasan Australia telah menghentikan cubaan untuk menembak sebuah pesawat dengan tertangkap empat individu dalam satu serbuan di bandar ini, kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull.

Penyiasat berkata, mereka mempunyai maklumat bahawa plot untuk meletupkan sebuah pesawat dengan melibatkan penggunaan ‘alat buatan sendiri'”.

Turnbull berkata, serbuan itu merupakan operasi utama anti keganasan.

Berikutan itu, katanya, tambahan anggota keselamatan disediakan di lapangan terbang domestik dan antarabangsa.

Serbuan itu diadakan di pinggir Sydney Surry Hills, Lakemba, Wiley Park dan Punchbowl, menurut media ABC.

Tahap ancaman keganasan nasional Australia kekal pada tahap “kemungkinan”.

Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Andrew Colvin berkata, empat orang lelaki ditangkap dipercayai ada kaitan dengan pengganas.

“Sejak kebelakangan ini, penguatkuasa undang-undang mendapat maklumat tentang beberapa orang di Sydney merancang untuk melakukan serangan pengganas dengan menggunakan IED (alat peledak buatan sendiri),” katanya pada sidang akhbar. – MalaysiaGazette