Home Dunia Qatar dibenar guna koridor udara dalam kecemasan

Qatar dibenar guna koridor udara dalam kecemasan

64
0

 

DUBAI – Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar akan membenarkan pesawat negara itu menggunakan koridor udara dalam kecemasan, kata agensi berita SPA.

Empat negara itu telah memutuskan hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu, menutup sempadan di laut, darat dan udara serta mengenakan sekatan ekonomi selepas menuduh Doha menyokong keganasan.

Bagaimanapun tuduhan itu ditolak oleh Doha.

“Sembilan koridor telah dikenalpasti termasuk satu di ruang udara antarabangsa di laut Mediterranean yang akan dipantau oleh pihak berkuasa Mesir,” kata SPA, memetik satu kenyataan dari pihak berkuasa penerbangan Saudi (GACA).

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan perbincangan khas atas permintaan Qatar untuk membincangkan pembukaan semula ruang udara Teluk.

Koridor udara dikenal pasti di bawah pengawasan ICAO, kata kenyataan Saudi.

ICAO boleh bertindak menyelesaikan permasalahan yang dibentangkan oleh Qatar, tetapi campur tangan sedemikian jarang berlaku dan memakan masa kerana agensi itu biasanya merundingkan perselisihan melalui persetujuan. – MalaysiaGazette