KUALA LUMPUR – Seorang pelajar warganegara Malaysia telah meninggal dunia akibat lemas di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, lapor Kementerian Luar hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar mengesahkan identiti mangsa sebagai Muhammad Amirul Asyraf Abdullah, 22 tahun.

Muhammad Amirul merupakan pelajar tahun akhir tajaan Yayasan Pelajaran MARA yang sedang menuntut di Universiti Meiji.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dan Yayasan Pelajaran MARA sedang dalam usaha untuk membawa pulang jenazah mangsa ke Malaysia dalam masa terdekat.

Kementerian turut menzahirkan takziah dan rasa simpati kepada pihak keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergian beliau. – MalaysiaGazette