Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau melahirkan minat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Malah veteren DAP itu turut tidak menolak akan menukar alamat ke Gelang Patah bagi berbuat demikian.

“Oleh kerana UMNO Gelang Patah terlalu mahu hendak tahu, saya akan fikirkan untuk bertanding di DUN. Ini akan buat saya tukar alamat ke Gelang Patah dan membolehkan saya untuk bertanding di DUN Johor. (Sambil menerima tepuk gembira Ahli Parlimen DAP yang lain.)

“Saya akan fikir (untuk bertanding di DUN), dan saya akan umum beberapa hari lagi,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Bahagian UMNO Gelang Patah, Mohd Khairi Malek mempersoalkan alasan di sebalik Kit Siang masih mengekalkan alamat tempat mengundinya di Pulau Pinang.

Ujarnya, kegagalan Kit Siang berbuat demikian akan memberi kesan sekiranya menang atau kalah agar mudah melarikan diri ke kawasan lain.

Bagaimanapun, Kit Siang masih berteka-teki sama ada untuk mempertahankan kerusi Gelang Patah atau tidak pada PRU-14 akan datang.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media, Kit Siang berkata, perkara itu hanya akan diketahui umum pada tarikh penamaan calon pada PRU-14.

“(Adakah) YB akan kekal di Gelang Patah? Kita akan tahu hari pencalonan PRU14 nanti,” katanya.

Isu ini timbul apabila terdapat rungutan daripada pengundi Gelang Patah yang kecewa dengan prestasi Kit Siang selaku wakil rakyat mereka.

Terbaharu, Gelang Patah dibanjiri dengan kain rentang protes yang dipercayai dipasang pengundi di kawasan itu.

Antaranya, “Sorry, Uncle Kit Siang, we are not Rihanna, we don’t love the way you lied.

(“Maaf Pak Cik Kit Siang, kami bukan peminat Rihanna (penyanyi Amerika Syarikat), kami tidak suka dengan penipuan yang anda lakukan”). – MalaysiaGazette