Mohd Isa Abdul Samad (tengah) diiringi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di mahkamah berhubung pembelian dua hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2017.

PUTRAJAYA – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam tiba di perkarangan mahkamah di sini pada pukul 9.08 pagi.

Bekas Pengerusi Felda itu dipercayai dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap pembelian dua hotel Felda Investment Corporation (FIC).

Isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (tengah) bersama anak-anaknya dan ahli keluarga menunggu ketibaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di mahkamah berhubung pembelian dua hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Mahkamah Majistret, Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2017.Beliau yang berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari dilihat memeluk isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid sebaik sahaja keluar dari kereta.

Bibi Sharliza kelihatan tiba lebih awal dan menunggu di luar perkarangan mahkamah dengan sekumpulan peguam.

Mohd Isa, 67, yang hadir dengan dua peguam di Pejabat SPRM Putrajaya, petang semalam telah disoal siasat selama dua jam.

Malam tadi, SPRM turut menjalankan pemerikasaan di kediaman Mohd Isa di Selangor. – MalaysiaGazette