Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memberitahu, beliau telah menulis surat kepada UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk berhenti daripada menjadi ahli UMNO dua hari lepas.
Tan Sri Isa Samad

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pemeriksaan di rumah bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Selangor malam ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata pemeriksaan itu adalah proses biasa yang dilakukan oleh agensi terbabit selepas menahan seseorang individu berhubung dakwaan rasuah.

“Itu proses biasa… lepas tangkap (tahan), kita akan buat pemeriksaan di rumah (suspek),”katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kelantan anjuran Pemerhati Rasuah Malaysia di sini malam ini.- BERNAMA