PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) terus bernafsu berbelanja besar untuk mendapatkan Kylian Mbappe apabila sedia membayar £166 juta kepada Monaco selepas mengadakan perbincangan semalam.

Menerusi perbincangan itu, Mbappe akan dilepaskan secara pinjaman pada musim ini dan bayaran pemindahan tetap diselesaikan pada akhir musim.

Monaco tidak lagi menurunkan penyerang berusia 18 tahun dalam perlawanan semalam dan dia dijangka diterbangkan ke Paris pada Isnin untuk ujian perubatan.

Stevan Jovetic dari Inter Milan pula akan diumumkan sebagai pengganti Mbappe untuk membantu bahagian serangan.

Perbincangan antara Monaco-PSG turut dihadiri oleh bapa Mbappe, Naib Persiden Monaco Vadim Vasilyev; super ejen, Jorge Mendes dan Pengarah PSG, Antero Henrique.

Dalam tempoh pinjaman, PSG berharap dapat menjual jersi Mbappe yang akan membantu kelab itu membuat bayaran penuh pada akhir musim. – MalaysiaGazette