Real Madrid akan menjual Gareth Bale akhir musim ini.

ENGLAND – Manchester United dilaporkan mengemukakan bidaan £92 juta untuk bintang Real Madrid, Gareth Bale.

Menurut berita portal berita di Sepanyol, Don Balon, the Galacticos secara teliti mempertimbangkan tawaran ke atas pemain sayapnya.

Real dikatakan sedang melihat opsyen sama ada mahu melepaskan bintang antarabangsa Wales itu secara tunai atau sebagainya.

Prestasi semasa Marcos Asensio dikatakan mempengaruhi kedudukan Bale di kelab gergasi Sepanyol itu kali ini.

Asensio dikatakan berada pada tahap terbaik dan menjadi cabaran untuk Bale dalam merebut kesebelasan utama.

Don Balon ,mendakwa Real mungkin menguji minat Jose Mourinho sebagai opsyen minit terakhir untuk mengaut keuntungan menerusi penjualan Bale.

Bale berhijrah dati Tottenham Hotspurs dengan nilai rekod dunia £85 juta pada tahun 2013.

Walaupun Bale berpeluang untuk kembali ke England, Jurulatih Pasukan Wales percaya kekal di Sepanyol sebagai opsyen terbaik Bale buat masa ini.

“Pada pandangan saya, la Liga berbeza berbanding Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Mana lagi dia nak pergi sedangkan kelab (Real Madrid) sedia ada yang terbaik,” tegasnya. – MalaysiaGazette