PENNSYLVANIA – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menjejaki dua wanita yang cuba merompak di sini dengan berpakaian biarawati.

Dalam kejadian itu salah seorang daripada suspek mengacukan pistol dan meminta wang dari sebuah bank di Tannersville pada hari Isnin lalu.

Kedua-dua suspek memakai jubah biarawati berwarna hitam dan kaca mata hitam.

Bagaimanapun kedua-dua mereka melarikan diri apabila menyedari salah seorang pekerja bank menghidupkan alam penggera keselamatan.

Tiada kerugian dilaporkan – BBC