Dua pelumba basikal negara mengalami kecederaan serius dalam kejadian langgar lari di LATAR.

KUALA LUMPUR – Dua pelumba basikal paralimpik negara cedera dalam kemalangan langgar lari di Lebuh Raya Kuala Selangor (LATAR) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa bersama lima lagi rakannya termasuk seorang jurulatih sedan menjalani latihan sebelum dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda berhampiran susur keluar Batu Arang.

“Kumpulan ini menjalani latihan dari Kuala Selangor. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke ibu kota,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Shapawi Ismail dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-dua pelumba yang mengalami kecederaan itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dengan seorang daripadanya dipercayai patah kaki akibat rempuhan itu.

Kata beliau, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 11 pagi ketika sekumpulan tujuh pelumba berkenaan menjalani latihan dari Kuala Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

“Ketika sesi latihan itu kumpulan berkenaan diiringi van pengiring dan pilot rider (pemandu depan),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast