Home Ekonomi Kempen Al-Awfar 3xtra Drive dilanjutkan hingga akhir tahun

Kempen Al-Awfar 3xtra Drive dilanjutkan hingga akhir tahun

KUALA LUMPUR – Kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 Bank Islam Malaysia Berhad yang telah berlangsung sejak bulan April lalu bakal diteruskan empat bulan lagi sehingga 31 Disember 2017.

Kempen yang menawarkan tiga buah AUDI A4 Sedan 2.0 TFSI telah berjaya membuka lebih daripada 55,000 akaun Al-Awfar baharu.

Bank Islam dalam kenyataannya berkata, pencapaian itu menyaksikan pertumbuhan sebanyak
RM242 juta bagi suku kedua tahun 2017.

Katanya, kempen ini telah berjaya menyumbang lebih 40 peratus kepada pertumbuhan Al-Awfar bagi tahun ini.

“Kempen Al-Awfar 3xtra Drive 2017 ini sedang dijalankan ke seluruh negara, yang mana Bank Islam menawarkan perkhidmatan kaunter kepada pelanggan dan potensi pelanggan.

Para pelanggan boleh membuka akaun dan menerima ganjaran di salah satu pasar raya besar atau kompleks membeli-belah tempat kempen ini berlangsung antaranya di Mydin Meru, AEON Mall Kota Bharu, Melawati Mall, Queensbay Mall, IOI City Mall, The Curve dan Mydin USJ.

Bank Islam berkata, mekanisme kempen ini berbeza dengan kesemua kempen sebelum ini kerana ia bukan sahaja mengambil kira jumlah pelaburan, tetapi juga memberi unit kelayakan yang
berbeza bergantung pada pelaburan bulanan yang diletakkan dan tempoh masa penyimpanan pelaburan tersebut.

Ini akan memberi peluang yang lebih tinggi kepada pemegang akaun baharu mahupun sedia ada untuk memenangi hadiah utama.

Dalam pada itu, mekanisme seperti ini diguna pakai bagi memastikan kesetiaan pelanggan sepanjang tempoh kempen ini.

Dengan hanya sejumlah minimum RM1,000, peserta akan
layak untuk cabutan bulanan, mengikut wilayah dan suku tahunan bernilai lebih daripada RM9 juta hadiah wang tunai dalam setahun, selain daripada tiga hadiah utama kempen
tersebut. – MalaysiaGazette