Tokyo, Jepun

TOKYO – Ekonomi Jepun berkembang lebih rendah berbanding jangkaan awal kerajaan pada suku kedua didorong oleh semakan semula perbelanjaan modal oleh syarikat-syarikat.

Penurunan dalam perbelanjaan modal swasta merupakan faktor terbesar dalam semakan semula pertumbuhan suku kedua Jepun.

Data Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pelaburan perniagaan membuktikan ianya lebih lemah berbanding jangkaan.

Bagaimanapun, Jepun masih lagi mengekalkan pertumbuhan bagi enam suku berturut-turut, tempoh terpanjang sejak 2006 dan ini dijangka terus menjadi trend semasa.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 2.5 peratus setahun dalam tempoh tiga bulan berakhir 30 Jun lalu berbanding jangkaan awal iaitu 4 peratus.

Perbelanjaan perniagaan pula meningkat kepada 0.5 peratus pada suku kedua berbanding suku sebelumnya.

Ia bagaimanapun lebih rendah berbanding bacaan awal iaitu 2.4 peratus.- MalaysiaGazette