Home Dunia AS pertimbang tutup kedutaan di Havana

AS pertimbang tutup kedutaan di Havana

Kedutaan Amerika Syarikat di Havana, Cuba. foto Agensi

HAVANA – Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk menutup kedutaannya di Cuba selepas kakitangan diplomatiknya dilaporan mengalami masalah kesihatan yang Washington sifatkan sebagai serangan “sonik”.

Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, keputusan sama ada untuk menutup misi di Havana adalah “di dalam penilaiannya”.

Lebih daripada 20 kakitangan derita pelbagai penyakit termasuk trauma otak ringan dan kehilangan pendengaran, pening dan loya.

Amerika Syarikat percaya beberapa jenis peranti digunakan untuk melemahkan kesihatan kakitangannya.

Pada masa sama, Cuba menafikan sebarang penglibatan dalam kes tersebut.

Sekurang-kurangnya dua warga Kanada juga dilaporkan mengalami simptom yang sama.

“”Ini masalah yang sangat serius kerana mendatangkan bahaya kepada individu,” kata Tillerson.

Walaupun siasatan melibatkan FBI, Polis Diraja Kanada dan Pihak Berkuasa Cuba, masih tiada penjelasan lengkap mengenai punca kejadian yang dikesan sejak akhir 2016.

Presiden Raul Castro dilaporkan memberi jaminan peribadinya kepada d’Affaires d’Affaires di Amerika Syarikat di Havana bahawa Cuba bukan dalang di sebalik serangan itu.

Amerika Syarikat membuka semula kedutaan di Havana pada tahun 2015 selepas membekukan hubungan diplomatik berdekad-dekad lamanya.

Barack Obama buat kali pertama melawat Cuba semasa menerajui Amerika Syarikat pada tahun 2016 selepas lawatan Calvin Coolidge pada1928.