Pelakon Universal di India, Kamal Haasan mengesahkan menceburi dunia politik India dan memasang impian menjadi Ketua Menteri untuk rakyat Tamil Nadu

TAMIL NADU – Superstar industri filem di India, Kamal Haasan mengesahkan beliau akan terlibat dalam politik tidak lama lagi.

Selepas dilanda pelbagai spekulasi sejak beberapa bulan lalu, akhirnya beliau mengesahkan kemunculan dalam politik dalam satu temubual eksklusif bersama India Today.

“Memasuki politik adalah seperti mahkota yang berduri tetapi saya sanggup memakainya,” kata Kamal.

Pengakuan itu datang daripada mulut beliau selepas pertemuan dengan Presiden Parti Aam Aadmi , Arvind Kejriwal.

Kamal juga menegaskan lebih gemar berperanan sebagai orang tengah.

Beliau juga menegaskan bahawa hitam sebagai warna politik kerana mengandungi semua jenis warna termasuk safron.

“Ada keperluan bagi seseorang untuk menghapuskan keragaman politik dan menjadikannya sebaga habitat yang dihuni,” ujarnya.

Kamal sudah memasuki politik semasa membuang undi pada pilihan raya.

Setelah beberapa bulan lalu Kamal Hasaan diselubungi pelbagai spekulasi mengenai keputusan untuk menyertai politik namun  kini terjawab.

Beliau tidak menjanjikan janji segera kepada rakyat tetapi berikrar untuk memulakan proses perubahan yang dikehendaki penduduk India.

“Saya mesti bersiap sedia sebelum berdepan risiko dalam politik.

“Saya bertemu dengan orang ramai dan akan memberi mereka pelan perjalanan atau perancangan tidka lama lagi,” katanya sambil menambah mahu menjadi ketua menteri bagi rakyat Tamil Nadu.- MalaysiaGazette