Home Nasional Rang Undang-Undang Farmasi diserah kepada Peguam Negara

Rang Undang-Undang Farmasi diserah kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Farmasi yang membenarkan doktor dan ahli farmasi menyediakan ubat kepada pesakit telah dimuktamadkan dan kini diserahkan kepada Peguam Negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, rundingan dengan pihak berkepentingan mengenai Rang Undang-Undang itu telah selesai.

“Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Parlimen sebaik sahaja Peguam Negara meluluskannya,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Perisikan Pasaran Perubatan Pengembaraan Perubatan 2017 di sini.

Usul untuk mewujudkan Rang Undang-Undnag itu pernah ditolak oleh Persatuan Perubatan Malaysia selepas mendakwa pemisahan pengagihan ubat kepada pesakit tidak dibincangkan secara bersama.

Berikutan isu itu, Kementerian Kesihatan telah menangguhkan Rang Undang-Undang berkenaan dan menjalankan perundingan bersama dengan pemegang-pemegang kepentingan.

Dr. Subramaniam kemudian memutuskan bahawa kedua-dua pihak, doktor dan ahli farmasi boleh memberi ubat kepada pesakit.

Malah, pesakit sudah mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang diperlukan.

Namun, kebenaran terhadap ahli-ahli farmasi itu bergantung kepada pihak yang dibenarkan sahaja. – MalaysiaGazette