Barcelona berkemungkinan besar terpaksa mencari opsyen beraksi dalam liga bola sepak negara jiran apabila Catalonia bebas dari Sepanyol. the Sun

SEPANYOL – Barcelona dikatakan mungkin mencuba nasib menyertai Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya rantau Catalonia mengundi untuk keluar daripada Sepanyol minggu ini.

Rantau Catalonia dilaporkan memberi tekanan dengan referandum pada Ahad ini meskipun kerajaan Sepanyol mendakwa pendekatan mereka sebagai melanggar undang-undang.

Kerajaan Sepanyol itu dikatakan menghantar polis untuk menyita peti undi sebagai usaha menghalang Catalonia mengundi tuntut kebebasan.

Andai kata undi itu memihak kepada keputusan keluar dari Sepanyol, terdapat cadangan bahawa Barcelona berkemungkinan besar akan disekat daripada bersaing dalam La Liga.

Situasi itu memaksa kelab di rantau itu seperti Barcelona, Espanyol dna Girono mempertimbangkan opsyen masa depan mereka.

Menteri Sukan Catalonia mendacangkan EPL merupakan opsyen terbaik untuk ketiga-tiga kelab la liga itu.

Gerard Fiueras berkata; “Sekiranya kemerdekaan dicapai, pasukan Catalan dalam la Liga iaitu Barcelona, Espanyol dan Girona perlu menentukan sama ada mereka mahu beraksi dalam liga Sepanyol atau liga negara jiran – Itali, Perancis atau EPL.

“Kini di Sepanyol pasukan negara lain yang beraksi dalam liga kebangsaan ialah kelab dari Andorra dalam bola sepak dan bola keranjang. Monaco beraksi dalam Ligue 1 di Perancis.

“Saya tidak fikr UEFA mahu kelab lain beraksi dalam liga yang berbeza dari negara asal mereka.

Pengurus Manchester City Pep Guardiola dan pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique antara 7.5 juta penduduk di rantau itu yang menyokong referendum menuntut kemerdekaan itu. – MalaysiaGazette