Kamarulazman Habibur Rahman.

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulzaman Habibur Rahman hari ini memberikan tempoh tujuh hari kepada Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi menarik balik dakwaan yang mengaitkan dirinya.

Menurut Kamarulzaman, Syed Saddiq telah dengan jelas menuduhnya menerima ‘dedak’ untuk meninggalkan parti itu.

Malah beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq sekiranya gagal berbuat demikian.

“Ini satu dakwaan berniat jahat dan mencemarkan nama saya sebagai guru, sebagai pegawai pejabat pendidikan daerah,” katanya yang dipetik MalaysiaKini.

Terdahulu, Kamarulzaman membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Dakwaan ini berniat jahat dan mencemarkan nama saya. Jika benar ada bukti beliau sepatutnya tunjuk kepada polis dan SPRM.

“Saya tidak faham niat Syed. Beliau sepatutnya dedahkan bukti dan bukan cari publisiti,” katanya.

Awal hari ini, Syed Saddiq membuat laporan polis mendakwa menerima ancaman dan peras ugut daripada beberapa individu.

Ancaman itu diterima beliau selepas mendedahkan ditawarkan wang sebanyak RM5 juta oleh seorang penasihat kanan kepimpinan negara. – MalaysiaGazette.

2 Komen

  1. kalau cakap je nak bagi tak bolih buat repot . tak de bokti lain lah kalau ada rakaman atau saksi yang mendengar.

Comments are closed.