Home Dunia Wanita panjat pagar Istana Buckingham

Wanita panjat pagar Istana Buckingham

Polis menahan seorang wanita yang memanjat Istana Buckingham. foto Agensi

LONDON – Seorang wanita yang cuba memanjat pintu pagar hadapan Istana Buckingham ditahan.

Polis Metropolitan berkata, suspek ditahan sebelum berjaya memasuki istana tersebut.

Aksi wanita yang berusia 30 tahun itu yang menjerit ketika menunggu kehadiran kereta polis itu dirakam dalam media sosial.

Bagaimanapun, polis berkata, kejadian itu tidak ada kaitan dengan pengganas. – MalaysiaGazette