Sekeping gambar menunjukkan seorang anggota polis yang berada dalam sebuah kereta peronda polis memegang tangan seorang wanita bersinglet hitam dan berseluar pendek viral di laman sosial sejak semalam.

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis unit rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang dipercayai terlibat dengan gambar yang viral di media sosial sudah ditukarkan ke jabatan lain.

Sekeping gambar menunjukkan seorang anggota polis yang berada dalam sebuah kereta peronda polis memegang tangan seorang wanita bersinglet hitam dan berseluar pendek viral di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, pihaknya sudah mengenal pasti anggota terlibat dan tindakan awal sudah diambil pihaknya dengan menukarkan mereka ke jabatan lain.

“Kertas siasatan tatatertib juga sudah dibuka bagi menyiasat perkara tersebut,” katanya selepas menghadiri lawatan kerja ke IPD Iskandar Puteri di sini hari ini. – MalaysiaGazette