Datuk Boy Iman foto AFFAN FAUZI, 09 OGOS 2017

KUBANG PASU – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali sebagai Bouy Iman dan tiga lagi pengarah Juta Kelulut Global Resources direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Jitra bagi siasatan penipuan jualan rumah bernilai RM6.2 juta.

Ia merupakan reman kali kelima oleh pelakon itu selepas melalui prosedur sama di Ampang, Shah Alam, Muar, Johor dan Sungai Petani.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jitra, Abdul Hadi Hakimi Harun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Siasatan ke atas Boy Iman dan tiga lain itu susulan laporan polis berhubung penipuan jualan rumah oleh DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources di lokasi-lokasi berkenaan.

Setakat ini, polis sudah menerima 203 laporan polis membabitkan kes penipuan oleh DBI Properties. – MalaysiaGazette