Home Nasional PLUS tutup operasi tambah nilai 17-19 Okt ini

PLUS tutup operasi tambah nilai 17-19 Okt ini

Azman Ismail

KUALA LUMPUR – Kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol PLUS sempena cuti perayaan Deepavali bagi menangani kesesakan lalu lintas.

Penutupan itu bermula pada 17 Oktober ini hingga 19 Oktober.

Ia bagaimanapun tidak melibatkan lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, secara puratanya satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga tiga minit untuk setiap kenderaan.

Oleh itu, penutupan lorong tambah nilai di plaza-plaza tol amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur yang untuk menambah nilai kad.

” PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi. – MalaysiaGazette